BERKAT MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

NAPE HATI NIE..??

hati... resah, gelisah,... apakah yang membuatkan hati ini dilanda perasaan sebegitu sekali??? mungkin juga hubungan ku dengan illahi masih belum terurus dengan baik.. lemahnya hambaMu ini, ya ALLAH.. namun aku perlukan kekuatan dariMu.. untuk meneruskan perjuangan Deen islam.. cita2 ku tinggi.. menjalankan dakwah islam.. namun seringkali aku terpikir mampukah aku menggapai impian ku itu?? LAYAKKAH AKU?? bukan tidak percaya pada qada' dan qadar.. tetapi diri ini terasa hina di hadapanMu. mengharapkan yang terbek dari Mu, namun.... apakah aku sudah memberikan yang terbek sbg seorang hamba.. ya Allah.. sesungguhnya Kau tahu isi hati ini..kata2 hati yang tiada dusta.. imra'ah solehah .. IMPIAN setiap insan yang bergelar wanita...ya Allah sesungguhnya hambamu ini benar2 memerlukan bantuan Mu, ya Rabb a'lamin... kehidupan di IPT, penuh dengan onak duri... membuatkan aku alpa..membuatkan aku leka seketika.. peliharalah diriku ini.. ingin sekali ku memiliki cinta Mu, menjadi kekasih Mu..cinta yang agung.. yang akan membuatkan aku sentiasa gembira.. cinta yang pastinya terbalas... ya Allah.. aku sedar akan kelemahan diri ini...lakaran hina yang pernah aku coretkan dalam hidupku..terlalu banyak.. namun Kau tetap menyanyangiku.. aku dapat merasakn cinta mu, Ya Allah.. .. sesunggunya aku bersyukur padaMu.. Terima kasih ya Allah..sesungguhnya Kaulah sebaik2 sandaran untukku..ya Rabb a'lamin bantulah aku dalam menjalankan tanggungjawab ku di dunia fana ini.. bantulah aku dalam menggapai cita2 dan impianku agar aku dapat menjadi da'ie islam... sudilah Kau menerima ku sebagai kekasihMu.. coretan sekeping hati...

PABILA JIWA KOSONG

Apabila jiwa kosong
maka kehidupan umpama lorong duka lara,
simpang siurnya adalah kekeliruan dan kekecewaan
sedangkan deru anginnya adalah nyanyian kedukaan.

Tidak ada lagi keindahan pada mahligai tersergam
juga kebahagiaan pada segala kemewahan dan solekan dunia.

Jiwa adalah sarang kebahagiaan,
taman ketenangan dengan seribu janji senyuman.

Kemanakah perginya kelazatan
pada sajian hebat yang terhidang dimeja kehidupan.
Dari manakah datangnya kepanasan
di ruangan berhawa dingin yang membekukan hati.

Manusia tetap manusia,
memerlukan hidayah untuk diisikan pada jiwanya
agar dirinya mengenal erti takut dan tunduk.
Kerana takut itulah yang akan mengajarnya erti keberanian
dan tunduk itulah yang akan mengajarnya erti ketinggian.

Keberanian untuk menempuh pahit dan getirnya kehidupan
serta ketinggian untuk memetik buah kebahagian dalam rimbunan pepohon keimanan.
Perbanyakkanlah membaca Al-Quran kerana ianya dapat memberikan ketenangan kepada jiwa seseorang.

HEMBUSAN NAFAS SEORANG DA'IE..

Zaman tidak pernah ketandusan pejuangnya.
Zaman tidak pernah sepi.
Sekalipun tidak ramai yang mahu kemedan ini.
Medan air mata.
Medan susah payah dan medan yang tiada istirehat ini namun Allah masih memberi ruang kepada hambaNya untuk merasa kenikmatan memangku agamaNya dan merasai berada dalam jiwa rasul yang sangat dicintai ….
Disinilah nafas nafas yang ingin ku hembuskan untuk memiliki kenikmatan itu. Kenikmatan menyusuri Nabi ku. Merasai apa yang telah dirasainya. Menghamburkan airmata seperti mana telah dituangkanya diharmain … luka luka hatinya waktu berada keseorangan setelah kehilangan yang dicintainya ….
Memang mustahil untuk ku merasai menaiki buraq kelangit ketujuh untuk dihiburkan dengan gambaran gambaran syurga namun kisah nabiku telah mencabut ruh ku untuk berjalan merentasi awan kapas …. berlegar legar menanti hari bahagia itu. Dalam lambaian penghuni jannah untuk kutemui apa yang ku citakan …
Telah ku hapuskan dongeng dengeng lama dalam diri ini untuk aku melaju menemui mereka sebelum aku …
Disinilah iradah ku tercipta …..Iradah yang dicerminkan oleh duat terdahulu dan aku penyambungnya...
Aku inginkan agar nafas yang ku hembuskan naik dan turun disetiap malam mencari redhanya ini adalah nafas semangat yang tidak akan melalaikan dan membuatkan aku tertidur lelap …
Aku tidak mahu hanya menangis diatas sejadah tanpa berbuat apa apa terhadap dakwah ini. Aku tidak mahu hanya berukuhuwah dan berkasih sayang sahaja tanpa dapat menarik sahabat sahabat ku untuk melaksanakna dakwah ini semahunya …
Aku mahu mereka semua mengubah pohon jahiliyah ini menjadi pohon islam yang berbuah dan ranum dan dapat dinikmati oleh generasi mendatang …
Aku mahu mereka menjadi burung helang yang sentiasa bersemangat waja membela deen ini dan bukan burung puyuh yang hanya merayap menunggu pemangsanya ….
Aku tidak mahu melihat ummah ini hanya puas kepada islam yang mereka miliki sekarang yang tidak menjanjikan ketenangan batin …
Islam yang masih tergolek lemah dibawah panji panji demokrasi yang syirik ini hingga ummah cenderung dan berpuas hati pada hanya kehidupan duniawi yang melihat kemaksiatan sebagai perkara biasa dan bukan sebagai najis yang perlu dibersihkan ….
Inilah sebahgian semangat ku dan nafas yang ku hembuskan buat kamu duat yang sangat aku kasihi …
Bangunlah dari tidur yang melenakan …
kerana usia ini sangat pendek
buang kalimat ‘ nanti dan sampai ‘…
kerana kedua itu adalah penyakit yang sangat dalam ….
Jangan kita mengangankan dunia yang fana’ ini wahai duat …
kerana orang yang mengembalakan hasrat dunianya
dipadang rumput angan angan
gembalaannya akan terus kurus
Memang iman kamu akan terus kurus ….
Aku telah lalui jalan ini dan memang menjemukan jika tanpa dihiburkan oleh iman yang telah aku jadikan sebagai alunan musik yang tertusuk jiwa …
Insyaalah sahabat ku …
dialam ini akan terbit fajar baru
dengan hembusan nafasmu yang menyonsong cahayanya
kamu pasti akan melihat cahaya itu menyinari kita dari jauh …