بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم
Ya Allah! We beg of you to guide us the straight path! And we seek refuge with Your mercy from the torment of Your wrath! ~ ~ Ya RABB! Grant us patience and let us die in submission! ~ Let us realize and succeed in the struggles of life's mission................................

..RAJA KITA..

KATA IMAM AL-GHAZALI :
"CARILAH HATIMU SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN. JIKA KAU TIDAK TEMUI, CARILAH HATIMU KETIKA MENGERJAKAN SOLAT. JIKA KAU TIDAK TEMUI, CARILAH HATIMU KETIKA DUDUK TAFAKUR MENGINGATI MATI. JIKA KAU TIDAK TEMUI JUGA, BERDOALAH KEPADA ALLAH, PINTA HATI YANG BARU..."




ucapan bismillah ku ucapkan sebelum jari ini lebih jauh menjalankan tugasnya.. agar tinta yang bakal ditulis ini, memberi manfaat pada kita semua.. dan agar hati ini sentiasa berada di zon "ikhlas" ketika jari menjalankan mas'uliyyah.. kerana hati adalah raja setiap insan..
sabda Rasullullah s.a.w : “Di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik, maka baik pulalah semua perilakunya. Dan apabila ia buruk, maka buruk pulalah seluruh perilakunya. Dan ianya adalah Hati." Inilah yang ingin saya titipkan.. nampak mudah tetapi hakikatnya, itulah yang paling sukar untuk dijaga..
teringat kata-kata seorang da'ie.. " soal hati memang sering dipersoalkan dan di perkatakan bagi setiap individu dan ianya adalah satu topik yang tidak akan pernah selesai dibincangkan..dan renungkanlah, mengapa hadith yang pertama adalah tentang niat?" ya, cukup bermakna apa yang dikatakan.. ianya adalah satu maddah yang tidak mempunyai noktah penghujungnya..
kerana task si "HATI" adalah pada setiap hari, setiap masa, setiap detik, dan setiap saat..

Terkenang sirah kejayaan Rasulullah.. yang mana Rasulullah mengubah masyarakat jahiliah adalah kerana Baginda berjaya mengubah hati manusia. Inilah yang dikatakan oleh Prof. Dr Hamka :
"Nabi Muhammad berjaya melakukan satu revolusi jiwa yang hebat dalam sejarah manusia."
Ketika itu, umat arab jahilliah sedang berdepan dengan masalah politik, sosial, ekonomi(perzinaan, rasuah, perbalahan,etc.)

Baginda yang bijaksana tidak mengubat "penyakit-penyakit" itu pada akibatnya, tetapi pada puncanya. Baginda yakin kegawatan yang bersifat lahiriah itu adalah hasil "sakitnya" hati.
Tiga belas tahun Rasulullah menangani persoalan hati manusia dengan wahyu-wahyu di peringkat Makkah. Cukup tabah Rasul ulul azmi ini.. Ayat-ayat Al-Quran peringkat itu pendek-pendek dan kebanyakannya sarat dengan persoalan iman. Ayat-ayat itu menerangkan keesaan, keagungan, kebesaran, dan keindahan Allah, dan gambaran keadaan dan balasan nikmat di syurga dan seksa di neraka.

Janganlah kita sia-siakan pengorbanan yang telah Rasulullah lakukan untuk umatnya, kita..

Soal hati bukan hanya penting di peringkat awal perubahan, tetapi ia perlu terus dijaga sepanjang usaha kita dalam proses menjadi insan yang soleh/ah. "Natijah atau kesan sesuatu amalan sering bergantung pada mukadimahnya". Jika mukaddimah amalan itu ialah niat yang baik, maka baiklah natijahnya..

Berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan sebesar gunung sekalipun tidak akan bernilai walau sedebu, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas.

wallahu a'lam..
sumber inspirasi : majalah solusi

JOURNEY



people change,
things go wrong,
but just remember,
life goes on...

HEPY MOTHER'S DAY..

Happy Mothers' Day to my luvly mom's and grandmothers and aunties and female guardians of various description whose love and care, for the fortunate among us, made us who we are.

umi saya..

Penyambutan Hari Ibu bukan sahaja diraihkan pada haribulan 8 May. Malah ia harus disambut pada setiap hari dan setiap waktu. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sendiri telah mendidik dan mengajar kita tentang peri pentingnya menyayangi dan menjaga ibu kita dengan sebaik mungkin. Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah menegaskan di dalam sebuah hadeethnya dimana kita harus meletakan sifat hormat terhadap ibu kita sebanyak tiga kali.

Ibu, mama, ummi atau apa sekalipun panggilan manja yang anda gunakan untuk memanggil mereka tetap sahaja niat dan tujuan kita semua sama. Adalah untuk memanggilnya dengan panggilan yang beliau suka dan merasakan lebih dihormati oleh setiap anak-anaknya. Jika kita mengambil masa dan waktu yang terluang untuk mengimbas kembali di saat-saat mereka bersabung nyawa ingin melahirkan kita ke dunia, Subhan-ALLAH.. Tidak setanding dengan pemberian hadiah yang sudah kita berikan. Tangan yang mengayun buaian tanpa mengenal erti penat adalah untuk kita semata-mata agar dapat merasakan nikmat tidur yang nyaman. Tangan mereka juga tidak pernah kenal erti jemu mengasuh dan mendidik diri kita hinggalah kita bisa melangkahkan kaki ke alam dewasa.

Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau! Namun, masih ramai di antara kalian semua yang tidak pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah kalian masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.

Ingin saya berkongsi bersama dengan kalian akan hadeeths Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam:

Sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
(HR: Al-Hakim)

DOA KETIKA HATI RESAH

Allahhumma la sahla illa maa jaa'ltahu sahlan wa anta taja'lulhazna izaa syikta sahla

Ya Allah..tiadalah yang mudah melainkan yang Engkau jadikan dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja Engakau kehendaki
Aaaminn..