~PRAISE BE 2 ALLAH~

Mukmin memberi maksud seorang yang beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain dengan sebenar-benar keimanan. Keperibadiannya amat mengkagumkan sesiapa yang memandangnya. Nikmat yang melimpah-ruah tidak menyebabkannya lupa diri atau kufur. Begitu juga bila dia ditimpa musibah dan kesusahan, imannya tetap utuh dan tetap bersabar menghadapinya.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.” (Imam Muslim)

Untuk coretan kali ini saya ingin berkongsikan bicara hati tentang nikmat Allah.. nikmat yang tidak putus-putus diberikn untuk kita.. walaupun sering kali hambe itu alpa pdNya.. Allah masih lagi memberi kita kesempatan untuk merasai nikmat makan, minum, tidur, nikmat berukhuwwah.. nikmat yang setiap hari diberikan pada kita namun nikmat inilah yang sering kita tidak nampak.. bayangkan, sekiranya Allah menarik salah satu nikmat ini, sudah pasti kita merasakan sesuatu yang tidak lengkap dalam hidup kita.. Alhamdulillah kebelakangan ini, Allah berikn nikmat dan rezki pada saya.. setelah Allah menguji saya dengan dugaan yg kadang kala tidak mampu untuk menghadapinya..namun musibah ini adalah satu ujian dari Allah.. . Allah ta’ala berfirman:

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan. Maka berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengatakan; Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah orang yang mendapatkan ucapan salawat dari Rabb mereka dan curahan rahmat, dan mereka itulah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.” (Surah al-Baqarah : 155-157).

Tetapi, Allah Maha Pengasih, Maha Penyanyang...
Setelah mendung, Dia datangkan pelangi kepada kita.. begitu cantik dan rapi sekali perancangan Allah..


“وَمَكَرُواْوَمَكَرَا للّهُ وَاللّهُ خَيْرُالْمَاكِرِينَ“ 


“Dan Mereka Merancang,Allah juga merancang,Dan ALLAH adalah sebaik-baik Perancang” (surah al-Imran :54)

Alhamdulillah.. seronoknye..

~ lulus MUET.. ☺
Usaha yang tidak seberapa, namun atas doa dan redha umi ayah, Alhamdulillah..
Terima kasih umi ayah..! sarangheo.. ♥

~ beli buku.. ☺
Akhirnya dapat jugak beli buku-buku..jazakillah khairan jaza’ kepada zulaikha kamarulzaman kerana temankan saya.. tetapi.. buku ‘al-fiqh wa adillatuhu’ –abdul karim zaidan & buku sirah tidak jumpa lagi..

~ jmp k.fatimah syarha.. ☺
Allah beri saya peluang sekali lagi untuk berjumpe dgnnye pd mjlis aqiqah anaknya yang ke2..
“AL-QOOSIROH THORFINA..” (bidadari sopan yang menundukkan pandangan kami♥) mabruk alaiki ya ukht fatimah.. moga die menjadi anak yang solehah..
comelnye.. nak cubit..☺



~ attend prog kahfi & procast as a facilitator.. ☺
Prog 7 hari berturut-turut.. wlupun agak keletihan namun nikmatnya bekerja untuk Islam bersame rakan-rakan yang tersayang, keletihan itu tidak dirasakan.
bersama adik-adik peserta..

FC yang sentiasa istiqamah dalam menegakkan deen Allah.
InsyaAllah..

~ ambil lesen motor ☺

~ mini reunion batch 08’ SMIK
UHIBBUKUNNA FILLAH ABADAN ABADA..

Praise be to Allah.. itulah sebaik-baik kalimah yang perlu diucapkan sebagai tanda syukur kita pada ALLAH.. nikmat, rezki.. sumenye milik Allah.. sekirenye Dia ingin kan kembali, maka hilanglah nikmat kita..hanya dgn “kun fayakun”.. betape hebatnye kuasenye Allah..

Hiasilah diri kita dengan dua sifat mulia ini : syukur dan sabar.Dengan bersyukur Allah akan tambahkan nikmat seseorang. Inilah janji Allah dalam firmanNya :
“Dan ingatlah ketika Rabb kamu mengumumkan kepada kamu; Jika kamu bersyukur maka akan Aku tambahkan nikmatKu kepada kamu dan jika kamu kufur, sesungguhnya siksaKu sangatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7).
Berdoalah agar Allah mengurniakan sifat syukur kepada kita. Rasulullah saw mengajar satu doa berkaitan perkara ini iaitu Baginda saw menyuruh kita berdoa pada akhir solat :

اللهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ


Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, bersyukur kepadaMu, dan beribadah dengan baik kepadaMu.” ( Abu Daud, disahihkan al-Albani)

p/s : Jangan bersedih jika hari akan mendung kerana disebalik hari mendung itu akan terbitnya pelangi yang sangat indah.. jangan lupa.. La Takhaf Wa La Tahzan. Innallaha Ma’ana

APA ERTI KU MENUNTUT ILMU??

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;


"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya,
tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah.


Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi,
Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba,
Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa,
Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat,
Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita,
Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga,
Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja,
Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri,
Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah,
Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah,
Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah,
Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah,
Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya,

Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,


"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi,
walau kebanyakan akan jadi surirumah, tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti, seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya, yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"

"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui"
(QS 39 : 9)

Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,

"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh,
Satu persoalan yang sering bermain di fikiran,
Bagaimana nak belajar kerana Allah? untuk mendapat redhanya?
InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmu mu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya,
Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah
dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya,
maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat.
Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga,
Pengikhlasan niat hanya pada-Nya,
semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,


"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,
hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam."
(QS 6 : 162)

dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut,
jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai,

Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,


“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, 
Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Jangan kita berfikiran sempit,
mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai,
tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi,
seperti sains dan astronomi,
tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi,
ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki,
menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi,
kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.

wallahua'lam..

بِسْمِ اﷲِالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم
Ya Allah! We beg of you to guide us the straight path! And we seek refuge with Your mercy from the torment of Your wrath! ~ ~ Ya RABB! Grant us patience and let us die in submission! ~ Let us realize and succeed in the struggles of life's mission................................

..RAJA KITA..

KATA IMAM AL-GHAZALI :
"CARILAH HATIMU SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN. JIKA KAU TIDAK TEMUI, CARILAH HATIMU KETIKA MENGERJAKAN SOLAT. JIKA KAU TIDAK TEMUI, CARILAH HATIMU KETIKA DUDUK TAFAKUR MENGINGATI MATI. JIKA KAU TIDAK TEMUI JUGA, BERDOALAH KEPADA ALLAH, PINTA HATI YANG BARU..."




ucapan bismillah ku ucapkan sebelum jari ini lebih jauh menjalankan tugasnya.. agar tinta yang bakal ditulis ini, memberi manfaat pada kita semua.. dan agar hati ini sentiasa berada di zon "ikhlas" ketika jari menjalankan mas'uliyyah.. kerana hati adalah raja setiap insan..
sabda Rasullullah s.a.w : “Di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik, maka baik pulalah semua perilakunya. Dan apabila ia buruk, maka buruk pulalah seluruh perilakunya. Dan ianya adalah Hati." Inilah yang ingin saya titipkan.. nampak mudah tetapi hakikatnya, itulah yang paling sukar untuk dijaga..
teringat kata-kata seorang da'ie.. " soal hati memang sering dipersoalkan dan di perkatakan bagi setiap individu dan ianya adalah satu topik yang tidak akan pernah selesai dibincangkan..dan renungkanlah, mengapa hadith yang pertama adalah tentang niat?" ya, cukup bermakna apa yang dikatakan.. ianya adalah satu maddah yang tidak mempunyai noktah penghujungnya..
kerana task si "HATI" adalah pada setiap hari, setiap masa, setiap detik, dan setiap saat..

Terkenang sirah kejayaan Rasulullah.. yang mana Rasulullah mengubah masyarakat jahiliah adalah kerana Baginda berjaya mengubah hati manusia. Inilah yang dikatakan oleh Prof. Dr Hamka :
"Nabi Muhammad berjaya melakukan satu revolusi jiwa yang hebat dalam sejarah manusia."
Ketika itu, umat arab jahilliah sedang berdepan dengan masalah politik, sosial, ekonomi(perzinaan, rasuah, perbalahan,etc.)

Baginda yang bijaksana tidak mengubat "penyakit-penyakit" itu pada akibatnya, tetapi pada puncanya. Baginda yakin kegawatan yang bersifat lahiriah itu adalah hasil "sakitnya" hati.
Tiga belas tahun Rasulullah menangani persoalan hati manusia dengan wahyu-wahyu di peringkat Makkah. Cukup tabah Rasul ulul azmi ini.. Ayat-ayat Al-Quran peringkat itu pendek-pendek dan kebanyakannya sarat dengan persoalan iman. Ayat-ayat itu menerangkan keesaan, keagungan, kebesaran, dan keindahan Allah, dan gambaran keadaan dan balasan nikmat di syurga dan seksa di neraka.

Janganlah kita sia-siakan pengorbanan yang telah Rasulullah lakukan untuk umatnya, kita..

Soal hati bukan hanya penting di peringkat awal perubahan, tetapi ia perlu terus dijaga sepanjang usaha kita dalam proses menjadi insan yang soleh/ah. "Natijah atau kesan sesuatu amalan sering bergantung pada mukadimahnya". Jika mukaddimah amalan itu ialah niat yang baik, maka baiklah natijahnya..

Berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan sebesar gunung sekalipun tidak akan bernilai walau sedebu, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas.

wallahu a'lam..
sumber inspirasi : majalah solusi

JOURNEY



people change,
things go wrong,
but just remember,
life goes on...

HEPY MOTHER'S DAY..

Happy Mothers' Day to my luvly mom's and grandmothers and aunties and female guardians of various description whose love and care, for the fortunate among us, made us who we are.

umi saya..

Penyambutan Hari Ibu bukan sahaja diraihkan pada haribulan 8 May. Malah ia harus disambut pada setiap hari dan setiap waktu. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sendiri telah mendidik dan mengajar kita tentang peri pentingnya menyayangi dan menjaga ibu kita dengan sebaik mungkin. Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah menegaskan di dalam sebuah hadeethnya dimana kita harus meletakan sifat hormat terhadap ibu kita sebanyak tiga kali.

Ibu, mama, ummi atau apa sekalipun panggilan manja yang anda gunakan untuk memanggil mereka tetap sahaja niat dan tujuan kita semua sama. Adalah untuk memanggilnya dengan panggilan yang beliau suka dan merasakan lebih dihormati oleh setiap anak-anaknya. Jika kita mengambil masa dan waktu yang terluang untuk mengimbas kembali di saat-saat mereka bersabung nyawa ingin melahirkan kita ke dunia, Subhan-ALLAH.. Tidak setanding dengan pemberian hadiah yang sudah kita berikan. Tangan yang mengayun buaian tanpa mengenal erti penat adalah untuk kita semata-mata agar dapat merasakan nikmat tidur yang nyaman. Tangan mereka juga tidak pernah kenal erti jemu mengasuh dan mendidik diri kita hinggalah kita bisa melangkahkan kaki ke alam dewasa.

Jika kita diberi kesempatan untuk mengendong ibu kita di belakang bahu, lalu mengelilingi kaabah bersamanya sebanyak tujuh kali, belum tentu kita dapat membalas setitik air susu yang diminum kita sewaktu bayi. Masya-ALLAH! Kata-kata ini saya pinjam daripada Dr Haji Fadhillah Kamsah. Lihatlah wahai para sahabat ku, betapa hebatnya cinta seorang ibu terhadap diri kita. Betapa hebatnya setiap kasih dan sayang yang telah diberikan oleh beliau! Namun, masih ramai di antara kalian semua yang tidak pernah mahu menghargai setiap kebaikan dan keikhlasan mereka itu. Malah kalian masih bisa mengguris dan membekaskan lagi luka di hati mereka.

Ingin saya berkongsi bersama dengan kalian akan hadeeths Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam:

Sabda Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang maksudnya: “Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
(HR: Al-Hakim)

DOA KETIKA HATI RESAH

Allahhumma la sahla illa maa jaa'ltahu sahlan wa anta taja'lulhazna izaa syikta sahla

Ya Allah..tiadalah yang mudah melainkan yang Engkau jadikan dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja Engakau kehendaki
Aaaminn..