SELAMATKAH KITA DI MASYHAR NANTI?




Assalamu'alaikum, salam mahabbah dan ukhuwwah kerana Allah diucapkan kepada semua sahabat dan rakan pembaca blog saya ini.

Saya memohon maaf kerana sejak akhir-akhir ini, saya kurang mengemas kini catatan di blog ini. Mudah-mudahan, Allah mengurniakan kepada kita kekuatan dan keikhlasan dalam melaksanakan segala macam perkara kebaikan, lebih-lebih lagi dalam usaha menyampaikan ilmu dan kefahaman yang membuahkan taqwa yang amat utuh kepada Allah subhanahu wa ta'ala.

sedang asyik melayari intrnt tentang bencana alam dan serangan yang berlaku di bumi2 islam, terlintas di fikiran " adakah kiamat hampir tiba? bagaimanakah amalan ku? apakah cukup untuk dihisab nanti?"(titisan air mata mula mengalir tika mengenangkan amalan ku yang tidak seberapa) tertarik dengan petikan "selamatkah diri di mahsyar nanti?" membuatkan saya berfikir: adakah kita akan tergolong dalam kumpulan manusia yang selamat di mahsyar nanti?

ingin saya kongsikan petikan ini. Insya-Allah, kita berdoa agar ilmu ini menjadi amat berguna kepada kita dalam membina hati, memperkasa amal menuju akhirat. Amat baik juga setelah kita menghadamnya, kita sebarkan kepada saudara-saudari Islam kita yang lain.

***


Selamatkah Diri Di Padang Mahsyar?


Setelah semua mahkluk yang bernyawa di alam nyata ini mati dan hancur binasa, Allah SWT memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniupkan angin Sangakala yang hebat itu untuk menghidupkan semula semua mahkluk yang sudah mati Israfil meniup dan berteriak dengan sekuat-kuatnya :

"Wahai nyawa yang telah keluar dari badan,tulang-tulang yang telah reput luluh, tubuh yang telah buruk, urat yang telah putus berkecai, kulit-kulit yang telah pecah hancur, rambut-rambut yang telah luruh! Bangunlah kamu semua untuk menjalani hukuman dari Allah SWT yang menjadi Hakim Besar dan Raja kepada semua raja!"

Maka dengan tiba-tiba mereka pun tegak bangun berdiri. Mereka lihat langit, didapati langit berjalan-jalan, mereka lihat bumi, didapati bertukar wajah, tidak seperti bumi yang dahulu, Dilihat bintang-bintang, semuanya telah berhimpun di satu kawasan dengan padatnya. Dilihat laut terdapat api yang sedang bernyala-nyala diatasnya. Dilihat Malaikat Zabaniah telah berada dihadapan mereka. Dilihat matahari telah hilang cahayanya. Maka sedarlah dan tahulah mereka bahawa mereka berada ditempat yang dijanjikan kiamat. Lantas mereka berkata :

"Inilah dia sebagaimana yang telah Allah janjikan dan inilah menunjukkan kebenaran para Rasul."

Seperti yang telah Allah sebutkan dalam Al-Quran :

"Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur ) ?"(Yassin: 52 )

Mereka pun keluar dari kubur tanpa pakaian, tidak berkasut dan sebagainya. Mereka bertelanjang bulat tanpa seurat benang pun dibadan.Dalam masa bangkit itu, manusia dalam keadaan bermacam - macam rupa.

01. Sesetengah mereka ada yang berupa kera kerana di dunia mereka suka membuat fitnah kepada orang lain.

02. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan rasuah ketika menjalankan hukuman.

03. Ada yang buta mata kerana keterlaluan pada menghukum manusia.

04. Ada yang pekak dan bisu kerana mereka hairan dengan amalan yang mereka lakukan.

05. Ada yang mengalir daripadanya nanah dan darah yang amat busuk dan sentiasa menikam-nikam lidah sendiri. Ini adalah kumpulan ULAMA yang bercakap dan mengajar tetapi perbuatannya tidak sama dengan apa yang diucapkan.

06. Ada pula yang luka-luka seluruh badan kerana suka menjadi saksi bohong.

07. Ada yang telapak kaki mereka terletak di dahi dan terikat kepada ubun-ubun mereka serta menjadi sangat busuk, lebih busuk daripada bangkai. Mereka adalah orang yang sanggup membeli dunia dengan akhirat. ( mencari kemewahan dunia dengan memperalatkan agama.)

08. Ada seperti orang mabuk, rebah ke kiri, rebah ke kanan terhuyung-hayang. Mereka inilah yang sanggup menyimpan harta dari belanjakan ke jalan Allah.

09. Ada yang berkeadaan benar-benar mabuk, orang ini suka bercerita-cerita dalam masjid akan hal dunia.

10. Ada yang berupa khinzir kerana suka makan harta riba.

11. Ada yang tidak bertangan dan tidak berkaki. Mereka ini suka menyakiti orang-orang sekampungnya.

12. Ada yang berupa khinzir kerana mereka mempermudah-mudahkan sembahyang (lalai dalam sembahyang)

13. Ada pula yang bangkit dengan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking yang sentiasa mengigit-gigit dan menyengat-nyengat. Mereka ini di dunia payah hendak mengeluarkan zakat.

14. Ada yang berkeadaan di mana darah yang amat busuk sentiasa keluar dari mulut mereka. Orang ini suka berbohong dalam perniagaan.

15. Ada yang sampai terasing daripada manusia serta badannya sangat busuk dari bangkai. Mereka ini suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia, tidak takut pada Allah.

16. Ada yang terpotong halkum, keadaannya tercerai dari leher. Orang ini selalu sanggup untuk bersaksi bohong.

17. Ada yang bangun dari kubur tiada berlidah dan mengalir darah busuk dari dalam mulutnya. Orang itu malas mengucap kalimah syahdah.

18. Ada pula yang berjalan dengan kepala di bawah dan kaki di atas langit. Darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluan mereka. Mereka itu suka berbuat zina semasa hidup.

19. Ada yang berkeadaan muka hitam dan perutnya penuh dengan api neraka. Mereka ini suka memakan harta anak yatim secara zalim.

20. Ada pula yang bangun dengan mengidap penyakit kusta dan sopak. Mereka inilah yang derhaka terhadap kedua ibu bapanya.

21. Ada yang gigi mereka seperti tanduk lembu, lidah mereka terjelir hingga ke perut, najis dan kencing sentiasa keluar dari perut mereka. Mereka adalah orang yang suka meminum arak.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang segera menginsafi diri dan bertaubat di atas dosa dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap sesama manusia.

PANDANGAN ITU PERLU JAUH





“apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,kami telah beriman sedangakan mereka tidak diuji?”
“dan sungguh,kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti mengetahui orang yang benar-benar beriman dan pasti mengetahui orang yang berdusta” (29:2-3)



“Allah telah menurunkan air(hujan) dari langit,maka mengalirlah ia (air) di lembah-lembah menurut ukurannya,maka arus itu membawa buih yang mengembang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat ada(pula) buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan tentang yang benar dan yang batil. Adapun,buih,akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada gunanya,tetapi yang bermnafaat bagi manusia,akan tetap ada di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan.” (13:17)



“sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya adalh mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya,kemudian mereka tidak ragu-ragu,dan mereka berjihad dengan ahrta dan jiwanya di jalan Allah. Mereka itulah orang yang benar” (49:15)



dalam mencari kekuatan dan keyakinan....
kegagalan dunia belum lagi menentukan kejayaan akhirat ku..
masih punya peluang untuk terus berusaha dan memperbaiki..
masih banyak lagi rintangan belum aku hadapi..
usah berputus asa wahai usaha..
usah berpaling tadah wahai keyakinan
usah ragu-ragu lagi keimanan..
setiap yang beriman pasti di uji..
itu janji Allah..
diri..,teruslah berjuang supaya kejayaan di genggaman..
contohilah..
para anbiya' dan sahabat-sahabat nabi..
.....
ku bergerak,melangkah mencari kejayaan akhirat..

KASIH SAYANG ALLAH

Seandainya manusia ingin menghitung nikmat-nikmat pemberian Allah swt, maka mereka tidak akan mampu menghitungnya. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya, maka ia tidak akan pernah selesai. Betapa besar dan banyak nikmat yang Allah swt kurniakan disekeliling kita.

Tetapi kita sering lupa dan lalai untuk bersyukur kepada yang Maha Memberi. Malah kita membalas dengan menggunakan nikmat-nikmat itu untuk melakukan maksiat kepadaNya.

Ketika kita melangkah kaki keluar, menghayunkan tangan, menghirup udara yang segar dan menikmati cahaya matahari yang terang dan bersinar, pernahkah kita terfikir dari mana datangnya semua nikmat-nikmat ini?

Sekiranya Allah swt mengarahkan semua kemudahan dan nikmat yang diberiNya kepada kita harus di bayar menggunakan wang, berapa banyak yang harus kita keluarkan untuk membayar semua itu?

Tepuk dada tanya iman.



Kita sering lupa dan melupakan apa yang kita miliki. Sebaliknya selalu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan apa yang kita belum miliki. Mungkin kita harus bertanya soalan ini kepada diri sendiri:

"Mahukah aku kalau ada orang mahu membeli sepasang mataku dengan jutaan ringgit?".

"Mahukah aku tukarkan kedua-dua belah tangan ku ini dengan emas yang bertan-tan?"

Dan bahagian-bahagian tubuh kita yang lain. Hati, buah pinggang, jantung, dan lain-lain?

Siapakah yang mahu menukar hidupnya dengan seluruh harta benda duniawi?

Ingatlah, hidup ini sendiri adalah nikmat dari Allah swt.

Firman Allah yang bermaksud; "Maka nikmat Allah yang mana lagi yang kamu dustakan?"

InsyaAllah, semoga kita sama-sama dapat renungkan. Mari kita terus bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah dan terus sabar mengahadapi ujianNya.

10 WASIAT HASAN AL-BANNA



share brsama.. =)

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya

SIJIL BUAT SAHABAT-SAHABAT TERSAYANG..



segala2nya indah kerana Allah.. begitu juga dlm menjalinkan ukhuwwah..
alangkah manisnya..
Ya Allah.. sesunggunhya hambamu ini merindui sahabat2 seperjuangan ku..
kau pelihara lah mereka ya Allah..

coretan ini khas buat sahabat2 yang mengenali diriku...
*maaf ea klu gmbr kwn2 laen yg xde dlm ni. klu blh msk sume, dh mskn dh. tp terhad. :)

Persahabatan Fillah

Sahabatku…
Pada saat kau hadir ke dalam hidupku
Aku langsung tidak mengenali dirimu
Tetapi kau lemparkan senyuman manis dan ikhlas
Terpancar sinar kegembiraan diwajahmu
Maka dengan senang hati dan kesyukuran
Aku menyambut salam perkenalan darimu itu..

Sahabatku…
Hari demi hari berlalu
Kau dan aku semakin kenal hati budi masing-masing
Berkongsi suka dan duka
Tangis dan tawa yang dirasai
Pahit dan manis kehidupan yang dilalui
Ukhuwah diantara kita semakin intim, wahai sahabatku

Sahabatku…
Tika aku hampir lemas dan putus asa dalam arus dunia
Kau datang dengan 1001 nasihat kepadaku
Kau peluk tubuhku lalu kau kucup dahiku
Dan kau seka airmataku dengan hujung tudungmu



Kau tersenyum dan menunjukkan sinar ceria wajahmu
Kau genggam erat dan pimpin tanganku
Lalu kau berbisik kepadaku
Tentang janji-janji Allah swt terhadap hambaNya yang beriman
Dan kau yakinkan aku, bahawa Allah swt sentiasa bersamaku..

Sahabatku…
Berjuta kesyukuran aku panjatkan
Ke hadrat Ilahi kerana telah mempertemukan kau denganku
Kau mengingatkan aku bila diriku terlalu lagha
Kau mengingatkan aku bila diriku terlalu gembira

Dan ada ungkapan dari bibirmu
Yang tidak mungkin aku dapat lupakan

“Menangislah selalu wahai sahabatku
biar matamu bengkak dek kerana takutkan Allah
Jangan bengkak dek kerana nikmat dunia”

Lalu kau tersenyum dan memelukku
Dengan pelukan yang erat sekali



Sahabatku…
Hari berganti hari
Malam berganti siang
Dan akhirnya kita sibuk dengan hal masing-masing
Tidak lain tidak bukan
Berdakwah untuk menuju rabithah mardhotillah

Kau sering menghantar pesanan sms kepadaku

“sahabatku, cekalkan hati untuk menempuh setiap
ujian daripada Allah swt
Ingatlah, Allah swt menguji tahap keimanan kita”



Sahabatku…
Aku masih ingat bilamana aku memeluk dirimu

Kau berkata padaku

“Wahai sahabatku, sayangilah aku kerana Ilahi
Dan pimpinlah aku ke jalan Ilahi
Semoga ukhuwah kita kekal hingga ke jannah”

Dengan lajunya airmataku mengalir ke pipi
Lalu kau sapu dengan senyumanmu
Dan kau keringkan airmataku itu
Dengan gelengan kepalamu

Sesungguhnya engkau sahabat sejatiku..



Sahabatku….
Masih segar juga diingatanku
Tika ada perselisihan faham berlaku antara kita
Kau menarik lenganku untuk duduk bersamamu
Duduk dan memuhasabah diri atas apa yang berlaku

Dan kau berpesan kepadaku
“Wahai sahabatku yang aku sayang kerana Allah
Ini adalah salah satu ujian daripadaNya
Menguji sejauh mana keutuhan persahabatan kita
Untuk melalui kehidupan di atas muka bumi ini”

Kau terus memalingkan mukamu
Menyembunyikan airmatamu
Yang mengalir deras dari matamu
Aku lantas memelukmu

Ya Allah.. Airmata kita sama-sama
Mengalir tanda kasih sayang persahabatan..



Sahabatku….
Andainya satu hari nanti
Kita terpisah dek jarak
Atau mungkin kita terpisah dek mati
Aku ingin kau tahu satu perkara

Aku sangat menyayangimu
Hanya kerana Allah swt
Aku mengasihimu
Hanya kerana Allah swt

Dan teruslah berdoa agar ukhuwah antara kita
Kekal hingga ke syurga
Walaupun banyak dugaan yang akan melanda
Ketahuilah, aku akan cuba memelihara persahabatan ini.. insyaAllah.



Sahabatku…
Doakan kejayaan kita di dunia dan akhirat
Seandainya aku pergi dulu
Iringilah aku dengan kalungan doa
Janganlah kau tangisi pemergianku
Biarpun dengan setitis airmatamu

Tabahkan dirimu wahai sahabatku
Dalam menempuh dunia yang penuh liku
Semoga kita bertemu di dalam syurga Ilahi

Sesungguhnya engkau sahabatku
Di dunia dan di akhirat