segala2nya indah kerana Allah.. begitu juga dlm menjalinkan ukhuwwah..
alangkah manisnya..
Ya Allah.. sesunggunhya hambamu ini merindui sahabat2 seperjuangan ku..
kau pelihara lah mereka ya Allah..
coretan ini khas buat sahabat2 yang mengenali diriku...
*maaf ea klu gmbr kwn2 laen yg xde dlm ni. klu blh msk sume, dh mskn dh. tp terhad. :)
Persahabatan Fillah
Sahabatku…
Pada saat kau hadir ke dalam hidupku
Aku langsung tidak mengenali dirimu
Tetapi kau lemparkan senyuman manis dan ikhlas
Terpancar sinar kegembiraan diwajahmu
Maka dengan senang hati dan kesyukuran
Aku menyambut salam perkenalan darimu itu..
Sahabatku…
Hari demi hari berlalu
Kau dan aku semakin kenal hati budi masing-masing
Berkongsi suka dan duka
Tangis dan tawa yang dirasai
Pahit dan manis kehidupan yang dilalui
Ukhuwah diantara kita semakin intim, wahai sahabatku
Sahabatku…
Tika aku hampir lemas dan putus asa dalam arus dunia
Kau datang dengan 1001 nasihat kepadaku
Kau peluk tubuhku lalu kau kucup dahiku
Dan kau seka airmataku dengan hujung tudungmu
Kau tersenyum dan menunjukkan sinar ceria wajahmu
Kau genggam erat dan pimpin tanganku
Lalu kau berbisik kepadaku
Tentang janji-janji Allah swt terhadap hambaNya yang beriman
Dan kau yakinkan aku, bahawa Allah swt sentiasa bersamaku..
Sahabatku…
Berjuta kesyukuran aku panjatkan
Ke hadrat Ilahi kerana telah mempertemukan kau denganku
Kau mengingatkan aku bila diriku terlalu lagha
Kau mengingatkan aku bila diriku terlalu gembira
Dan ada ungkapan dari bibirmu
Yang tidak mungkin aku dapat lupakan
“Menangislah selalu wahai sahabatku
biar matamu bengkak dek kerana takutkan Allah
Jangan bengkak dek kerana nikmat dunia”
Lalu kau tersenyum dan memelukku
Dengan pelukan yang erat sekali
Sahabatku…
Hari berganti hari
Malam berganti siang
Dan akhirnya kita sibuk dengan hal masing-masing
Tidak lain tidak bukan
Berdakwah untuk menuju rabithah mardhotillah
Kau sering menghantar pesanan sms kepadaku
“sahabatku, cekalkan hati untuk menempuh setiap
ujian daripada Allah swt
Ingatlah, Allah swt menguji tahap keimanan kita”
Sahabatku…
Aku masih ingat bilamana aku memeluk dirimu
Kau berkata padaku
“Wahai sahabatku, sayangilah aku kerana Ilahi
Dan pimpinlah aku ke jalan Ilahi
Semoga ukhuwah kita kekal hingga ke jannah”
Dengan lajunya airmataku mengalir ke pipi
Lalu kau sapu dengan senyumanmu
Dan kau keringkan airmataku itu
Dengan gelengan kepalamu
Sesungguhnya engkau sahabat sejatiku..
Sahabatku….
Masih segar juga diingatanku
Tika ada perselisihan faham berlaku antara kita
Kau menarik lenganku untuk duduk bersamamu
Duduk dan memuhasabah diri atas apa yang berlaku
Dan kau berpesan kepadaku
“Wahai sahabatku yang aku sayang kerana Allah
Ini adalah salah satu ujian daripadaNya
Menguji sejauh mana keutuhan persahabatan kita
Untuk melalui kehidupan di atas muka bumi ini”
Kau terus memalingkan mukamu
Menyembunyikan airmatamu
Yang mengalir deras dari matamu
Aku lantas memelukmu
Ya Allah.. Airmata kita sama-sama
Mengalir tanda kasih sayang persahabatan..
Sahabatku….
Andainya satu hari nanti
Kita terpisah dek jarak
Atau mungkin kita terpisah dek mati
Aku ingin kau tahu satu perkara
Aku sangat menyayangimu
Hanya kerana Allah swt
Aku mengasihimu
Hanya kerana Allah swt
Dan teruslah berdoa agar ukhuwah antara kita
Kekal hingga ke syurga
Walaupun banyak dugaan yang akan melanda
Ketahuilah, aku akan cuba memelihara persahabatan ini.. insyaAllah.
Sahabatku…
Doakan kejayaan kita di dunia dan akhirat
Seandainya aku pergi dulu
Iringilah aku dengan kalungan doa
Janganlah kau tangisi pemergianku
Biarpun dengan setitis airmatamu
Tabahkan dirimu wahai sahabatku
Dalam menempuh dunia yang penuh liku
Semoga kita bertemu di dalam syurga Ilahi
Sesungguhnya engkau sahabatku
Di dunia dan di akhirat