BERAKHIRNYA RAMADHAN



Salam akhir Ramadhan dari khaulah buat semua yang khaulah kasihi kerana Allah.. 

Berlalunya Ramadhan ibarat berpisah dengan kekasih. Ianya pasti dirindui oleh sekalian mukmin soleh. Entah sempat atau tidak untuk berjumpa "si dia" pada akan datang. Hanya Allah yang berkuasa menentukan.


 Perginya Ramadhan mengajar diri kita, adakah benar-benar kita telah bergelar graduan muttaqin dari Madrasah Ramadhan. Madrasah yang penuh dengan pendidikan dan tarbiyyah dari Ilahi bagi mereka yang memahami dan melihat kelebihan Ramadhan dengan mata hati.



 Berakhirnya Ramadhan membuatkan kita bermuhasabah terhadap segala kesalahan, kesilapan, keterlanjuran dan dosa yang pernah dilakukan. Andaikata kita masih meneruskan perkara yang dimurkai Allah sebaik sahaja tibanya 1 Syawal, renungkanlah-adakah puasa dan segala amal ibadat kita diterima Allah pada bulan Ramadhan?

 Tibanya 1 Syawal, akan menguji sejauh mana istiqamah kita dengan amalan-amalan kebaikan yang dilazimi pada bulan Ramadhan. Ataukah mungkin kita tumbang dengan kehendak nafsu dan bisikan syaitan yang baru bebas selepas dibelenggu selama sebulan. Ternyata untuk istiqamah bukan mudah, tetapi bukan sesuatu yang mustahil.

 masih belum puas lagi untuk beramal di bulan mulia ini, namun ramadhan tetap akan pergi meniggalkan kita..  lirik Ramadhan 2 Zaman untuk kita hayati bersama.


Ramadhan 2 Zaman(Nazrey Johani & inteam)
Ramadhan, satu nasib tak serupa, peluangnya sama, natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang, mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami, malang terbuang, muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira dengan kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu

Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur'an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur
Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa


Takbir mereka takbir kemenangan, hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami, lesu tak bermaya, tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

p/s:  sabda Rasulullah s.a.w : "Sebaik-baik amal ialah amalan yang kekal walaupun sedikit.hargai sisa ramadhan yang tinggal. Selamat hari raya minal aidil wal faizin, maaf zahir batin :)