BAHAGIA..

biar kepahitan itu pergi.
agar kemanisan dapat mengisi.

biarkan kekecewaan berlalu.
agar kegembiraan dapat mewarnai.

biar kegelisahan lenyap.
jangan kita hilang semangat.

biarkan penderitaan itu menyapa.
agar kekuatan dapat kita jana semula.

biarkan diri derita.
agar ku tahu kepahitan derita ini.
agar ku sedar kesengasaraan ini.
tak sama bhakan hanya secebis.
dari penderitaan Rasulullah SAW.

tuhan sesekali tidak menzalimi hambaNya.
tetapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.

tarbiyyah



Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya akan diraih (dicapai) dengan tarbiyyah. [As syeikh Mustafa Masyhur].



Ya, tarbiyyahlah yang (dengan izin Allah SWT) telah mengubah peribadi sahabat-sahabat awwalun dari segi kefahaman, Syu'ur (perasaan), ruh dan sikap hidup mereka. Mereka bukanlah pasukan manusia yang Allah SWT turunkan dari langit dengan segala kesempurnaan, sebaliknya sebahagian mereka adalah serpihan dari masyarakat jahiliyyah; yang sudah terbiasa dengan cara hidup kehaiwanan. Ada yang pernah membunuh anak perempuan hidup-hidup, biasa berjudi, membunuh dan sebagainya.

Tarbiyyah bukan GHAYAH (Matlamat) sehinggakan kita merasa tenang kerana terikat dan berada dalam majlis-majlis ilmu, usroh, halaqoh, tamrin dan sebagainya tetapi tabiyyah adalah WASILAH (jalan) untuk kita meningkatkan diri ketahap yang dikehendaki oleh Allah SWT. Yang menjadi persoalan utamanya bukan berapa lama kita berada dan melalui proses tarbiyyah tetapi sejauhmana kita telah tingkatkan diri kita sehingga terbinannya satu keperibadian sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Tarbiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja sebaliknya ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmad, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.

Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da'i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-'Auf.

Rasulullah SAW telah memulakan dakwahnya dengan tiga persoalan besar; Dari mana kita datang, kenapa kita didatangkan dan kemana akhirnya kesudahan kita. PERSOALAN yang menjelaskan mengenai hakikat penciptaan manusia; iaitu TUJUAN dijadikan, apakah MISI kita di dunia yang sementara ini dan apakah LAPORAN yang bakal kita persembahkan pada Allah SWT setelah tugas kita itu selesai. PERSOALAN yang menjelaskan hakikat diri insan, peranan dan tanggungjawabnya sekaligus menuntut kita membina satu KEPERIBADIAN yang mampu melaksanakan TUGAS yang cukup besar.

Tarbiyyah bukan GHAYAH tetapi WASILAH bahkan WASILAH KUBRA untuk kita memenuhi TUJUAN bagi penciptaan kita. Tarbiyyah adalah satu-satunya jalan bagi PEMBINAAN DIRI, satu-satunya jalan untuk memahami TUGAS dan satu-satunya jalan untuk kita memahami PELAKSANAAN yang paling menepati kehendak Allah SWT.

Jika seseorang itu ingin menjadi seorang jurutera maka ia perlu melalui satu proses pembelajaran dan latihan. Maka untuk menjadi mukmin juga perlu melalui proses yang sama. Jika untuk menjadi jurutera perlu ada kurikulumnya, ada pusat pengajiannya, perlu ada guru-guru yang mahir dan berpengalaman maka ADAKAH untuk menjadi mukmin yang memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Allah SWT memerlukan proses dan sarana yang lebih kurang dari proses dan sarana untuk menjadi jurutera? Adakah sama; berjaya mencapai cita-cita dunia dengan keselamatan dari NERAKA Allah SWT dan dimasukkan ke SYURGA-Nya.

InsyaAllah persoalan ini akan cuba diperincikan dari semasa ke semasa.

sumber : cikgu azmi bahari

SPECIAL FOR IIUM STUDENT..



andai result kite tidak memuaskan dan tidak seperti apa yg kite harapkan,,
maka bersabarlah,,
kerana,,
hidup ini tidak selalunya indah,,
Ibarat roda yg sentiasa berputar,,
Kadang2 kite berada di atas dan kadang2 kite di bawah,,
Tetapi hakikatnya semua itu takdir Yang Maha Esa
menguji tahap keimanan hambanya..

Dan hanya orang yang beriman akan menerima semua itu dengan redha..

((عجاب لإمر المؤمن, ان أصابه سراء شكر, فكان خير له, وان أصابته ضراء صبر فكان خير له))
“ajaibnya orang MU'MIN itu, apabila diberi KESENANGAN mereka BERSYUKUR, dan apabila diberi KESUKARAN mereka BERSABAR, sesungguhnya kedua2 itu adalah yang terbaik baginya.."

,,,اذكر يا صديقتي

Allah sentiasa bersama kita.. kadang2 Die uji kite bukan kerana tidak sayang pada kita tetapi.. kerana Dia sayangkan kitalah Die menguji kita.. dan kerana merindui doa dari hamba2Nya..tetapi.. kite seringkali bimbang dan tangisi dengan peperiksaan di dunia, namun apakah kite pernah berfikir tentang peperiksaan di akhirat sana?
Mudah2ab kite akan beroleh kejayaan didunia dan di akhirat.. ameen..



When the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with His love and merrcy
Coz.. as HE promise HE will always be there..
Jangan putus asa k! insyaAllah..kejayaan berada dalam genggaman kite..
we’ll do da best among da best! struggle 4 ISLAM!!


" The art of living is more like wrestling than dancing..."

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelah ku sahaja
Jarang sekali kita bersyukur...
Tak ku lupa kepada Allah
Tempat kembali segala masalah
Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT
Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah


Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,
"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."

khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah.
Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada
Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada
Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Sharing is caring & luving..

KITA SEMUA SEDARA KAN?



Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. (Surah al-Hujuraat, ayat 10)

Rasulullah SAW bersabda:"Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu seperti kamu mencintai dirimu sendiri” (HR Bukhari).

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." - Sahih Muslim

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi s.a.w menjawab: "Kau cegah dia". (Bukhari)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Bukhari & Muslim]


“Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang”. Al Hujuraat ayat 10


*
Di dalam kubur nanti, kita akan ditanya soalan, siapakah saudara kamu ?

Jawapannya ialah semua orang Islam saudara ku.

Tetapi, berjayakah kita menjawabnya, hanya Allah yang dapat membantu.

Sebagai usaha, setiap kali terlihat orang Islam, latih hati supaya berkata, "dia saudara ku".

TIPS: MOGA BERMANFAAT

Salam buat semua yg dikasihi...

Jika saya ada masalah, bagaimana???
Pertama, kembali pada ALLAH, bersangka baik padaNYA.Kedua, share lah pada yang benar-benar thiqah(yg dipercayai) agar boleh selesaikan masalah.Minta ALLAH lapangkan dada dan besarkan iman untuk hadapinya.
Insya-ALLAH jiwa kan tenang ~kembali pada ALLAH.

Jika iman rasa down, macamna ingin di-upkan??

Cari suasana membina, suasana yang dapat membangkitkan iman disamping kawan-kawan yang soleh/ah.
Jika hati rasa gundah, apa yg perlu dilakukan??

Ingatlah ALLAH, letakkan ALLAH dalam hati paling dalam, minta ALLAH jauhkan resah dan bisikan syaitan. Bersegera ambil wudhu'.

Bermasalahkah kita?Iman kita rasa downkah? Hati kita rasa gundahkah?Jawapannya semua itu menuntut kita kembali pada ALLAH...

Sedikit tips, moga bermnfaat..

Ketulusan Hati-Anuar Zain (Astro Oasis)


da lame x post kt blog ni... nk kate bz sgt x jgk.. wallahua'lam.. heh.. so ana sj je nk post lagu ni.. utk sume pembaca.. first dgr lgu ni x bpe mnt.. tp ble astro wat lagu ni cm lagu yg berunsurkan rabbaniyyah rase best sgt..terase cinte yg mndlm terhadap pencipta..sekadar perkongsian bersame.. bak kate orang,sharing is caring.. :)

SEGENGGAM TABAH






sebagai insan biase kte x dpt lari dari masalah.. jgn tension2 ye.. innallaha sami'uddua'.. kajian menyatakan bahawa music juga dapat release tension jgk.. tp tgk music jgk la taw.. ana rase nasyid ni sesuai utk insan yg sedang diuji.. apa2pun jgn lupa utk berdoa jgk ek.. :) salam mujahidah..

CARA NASIHAT YANG BERHIKMAH?? :)


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Agama itu adalah nasihat.” Kami berkata: “Untuk siapa?” Baginda bersabda: “Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.”

Hadis riwayat al-lmam Muslim.
.................................................................................

Di dalam hadith ke-7 dalam Kitab Hadith 40 yang telah disusun oleh Imam Nawawi ini, jelas telah digambarkan oleh Rasulullah SAW tentang perihal pentingnya nasihat menasihati di dalam perkara kebaikan. Nasihat juga digambarkan besarnya seperti sebuah Agama Islam, menunjukkan bahawa Islam ini melingkari seluruh aspek kehidupan seharian kita.

Pengertian nasihat

Agama Islam adalah agama Allah, dan agama menurut Rasulullah SAW adalah nasihat yang terbaik untuk umatnya. Dalam Bahasa Arab, nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang telah diberi. Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik.

Adab-adab memberi nasihat

1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti. Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata karena Allah. Seharusnya seorang yang ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak sahabat ke jalan yang benar.

2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana perkara nasihat.

3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.

4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.

5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji kesabaran.

Ayuh semua sahabatku, kita renungkan kembali perkara yang telah kita lakukan selama ini, nasihat yang telah kita berikan kepada orang lain atau nasihat yang diperolehi daripada orang lain, adakah kita sudah melaksanakan amanah ini? Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati sedangkan mereka tidak sedia untuk dinasihati.

RAHMAT DISEBALIK UJIAN

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada hamba-Nya, yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kita, siapa di antara kita yang lebih baik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Allah telah memuliakan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dia menghantar Rasul-Nya untuk mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang, menuju Tuhan. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan tujuan dan bersebab.
Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi, dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, yang telah dihantar oleh Allah kepada Umat Manusia sebagai satu anugerah, membawa Rahmah ke seluruh pelosok alam. Demi Allah, sungguh tidak akan sesat orang yang berpegang pada tali agama Allah, menggigit Al-Quran dan Sunnah dengan gigi gerahamnya dan dia sama sekali tidak pernah mencari selainnya sebagai sesuatu yang lebih agung dan lebih utama.

Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.

Di hujung ujian ada Rahmat yang disediakan buat orang-orang yang berjaya, dan penyesalan buat orang-orang yang gagal. Jika kita tak pernah memahami atau cuba untuk mengerti hakikat ini, maka kita akan terus terkandas dalam ujian. Ujian demi ujian, keluhan demi keluhan, hidup terus berjalan dengan tertekan, tak pernah merasakan kenikmatan di sebalik ujian. Maka kita sangat perlu memahaminya, bahawa Rahmat Allah menanti di sebalik sesebuah ujian. Ujian itu takkan pernah hilang daripada papan cerita kehidupan ini.

Ujian membawa kita semakin dekat dengan pemberi ujian, mungkin juga sebaliknya. Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta. Itu tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tak pernah meninggalkan kita sendirian, kita bagaimana?




Ujian dan Iman

Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-2, ertinya:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”

Ayat ini menggambarkan kepada kita betapa iman itu berkait rapat dengan ujian. Kenikmatan iman itu dikecapi setelah kita berjaya melalui beberapa siri ujian yang telah ditetapkan oleh Allah. Semakin hebat ujian, semakin manis iman yang bakal kita rasai di penghujungnya, bagi orang-orang yang berjaya melaluinya. Jika kita gagal menempuhinya dengan baik, kita akan terus diberi peluang dan didatangkan lagi dengan ujian-ujian yang lain. Kita akan semakin tersasar jika kita terus menerus gagal dan tak belajar menjadi lebih baik. Allah itu begitu Maha Pengasih dan masih memberi ruang kepada kita belajar daripada ujian.

Firman Allah lagi dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-3, ertinya:

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

Iman itu memerlukan pembuktian. Seberat-berat ujian yang pernah kita alami, tak mungkin seberat Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya. Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.

Ujian itu adalah tempaan Allah buat orang-orang beriman. Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Maka kita beruntung kerana Allah akan mengangkat darjat kita dengan ujian yang diturunkannya. Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi.

Lihatlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155-156, ertinya:

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)””

Ujian Pelbagai Bentuk

Tahap ujian yang ditimpakan oleh Allah kepada manusia itu berbeza-beza, berdasarkan kepada keimanannya. Bentuk ujian itu juga pelbagai. Ada orang diuji dengan wanita, yang lainnya dengan harta, anak-anak, kesusahan, kawan-kawan dan sebagainya. Bagi para pelajar, peperiksaan itu juga satu bentuk ujian. Hakikatnya, kehidupan ini sendiri keseluruhannya adalah medan ujian, akhirat nanti medan ganjaran.

Biar apa juga bentuk ujian yang kita alami, Rahmat Allah tetap akan mengiringi jika kita menghadapinya dengan penuh sabar dan pengharapan kepada Allah. Allah sangat-sangat suka jika hamba-Nya mengadu kepada-Nya, menitiskan air mata di balik tirai malam dan mengakui kelemahannya. Tidak dapat tidak, ujian itu harus dilalui dengan penuh pengharapan kepada pertolongan Allah, kebergantungan yang sepenuhnya kepada pemilik diri kita. Jika tidak, kita akan buntu mencari jalan, kerana hanya Dia penunjuk jalan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 153, ertinya:

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan Solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Ayat ini begitu dalam maknanya bagi orang-orang yang ingin memahami, dan begitu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. Sabar dan Solat itu kunci dalam memohon pertolongan Allah. Sampai bila kita harus bersabar? Sampai Allah memberikan pertolongan. Selagi kita diuji, selagi itulah kita bersabar.

Rasulullah adalah orang yang paling hebat kesabarannya bahkan paling besar ujiannya. Dan baginda jugalah yang paling mulia di sisi Allah di kalangan seluruh Umat manusia. Maka ujian itu sememangnya menuntut kesabaran, dan kesabaran akan mengangkat darjat seorang manusia.

“Dari Abu Hurairah R.A., ada seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W., “Berilah aku wasiat.” Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jangan marah!” Beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan, “Jangan marah!” (HR Bukhari)

ingatlah walau perit mane sekalipun ujian yang diberikan, sabarlah menghadapinya. berusahalah untuk menyelesaikan dan jangan sesekali putus asa dari berdoa. innallaha sami'uddua'. (sesungguhnya allah mendengar doa hamba-hambanya.)bykkanlah zikr Allah. dengan mengingati Allah, hati2 akn menjadi tenang. Pergantungan kepada Allahlah yang akan membuatkan kita tenang menghadapinya. Wallahua’lam. :)

KEAIBAN YANG DITUTUP ALLAH

Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.

Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda: "

Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)

Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.

Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tidak ada mata lain yang melihat, apakah kita sudah melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan? Astaghfirullahalaziim, banyak sangat dosa kita!

Firman Allah:

"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)


Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabur jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia.


Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amalan kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindungan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya.


Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith:


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)


Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.


Waspadalah akan firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)


Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:


Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun ‘alaih HR Bukhari dan Muslim).


Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah.

JANGAN KATA "JANGAN"

Kita selalu dengar, pakar motivasi kata…Jangan Kata “JANGAN” di Hadapan Anak

“Uzair, JANGAN panjat!! Nanti jatuh...”

“Fatimah, JANGAN pegang telur tu!! Nanti pecah! Telur sekarang mahal tau!”

“Aiman, JANGAN main kat luar!! Hari panas ni, nanti hitam..”

JANGAN buat itu… JANGAN buat ini…JANGAN, JANGAN,

JANGAAAAN!!!

Apa sebenarnya yang terjadi jika kita “jangan” di hadapan anak kita?

Jangan fikir tentang bola. Saya tahu..anda baru sahaja fikirkan tentangnya bukan? Ini kerana, setiap kali kita menyebut “jangan”, minda bawah sedar kita akan menapis perkataan “jangan”. Minda tidak akan menangkap perkataan “jangan” tetapi ia akan menangkap perkataan selepas jangan.

“Uzair, JANGAN panjat!! “

Apa yang terjadi? Uzair akan panjat ke tempat yang lebih tinggi.

“Fatimah, JANGAN pegang telur tu!! Nanti pecah!

Fatimah akan ambil bukan 1 biji telur, malah 2 biji telur. Dan tak lama kemudian, ting! telur pun pecah!

Ini kerana;

“The Law of Attraction responds the same way you mind does: It hears what you DON’T want. When you hear yourself make a statement containing the words don’t, not or no, you are actually giving attention and energy to what you DON’T want“ (Michael J. Losier)

Dan perkara ini merupakan Sunnatullah;

Daripada Abu Hurairah r.a katanya bahawa Rasulullah saw bersabda, Allah swt berfirman, “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadapKu…” (H.R Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dll)

Bila kita cakap dan fikir, “nanti jatuh”, maka anak kita akan jatuh.

Bila kita cakap dan fikir,”nanti pecah”, maka barang yang disentuh anak kita akan pecah.

Jadi, untuk mengelakkan diri daripada berkata “jangan”, tanya diri kita, apa yang kita mahu anak kita lakukan?

Perhatikan,selepas pertanyaan tersebut dibuat, ayat kita akan berubah.

“Jangan panjat!” diganti dengan “Turun ke bawah, sayang”

“Jangan pegang!” diganti dengan “Letak balik barang itu ke tempatnya dengan berhati-hati”

Tapi….

Kita semua ibubapa. Dan kita akui bahawa betapa susahnya untuk mengelakkan diri daripada berkata JANGAN. Oleh itu, pastikan, selepas kita ter-sebut perkataan “jangan”, kita beritahu anak-anak, apakah yang harus mereka lakukan.

Beritahu mereka cara yang lebih baik yang dapat mereka lakukan atau alihkan perhatian mereka kepada aktiviti yang lain yang lebih menarik.

Contoh ayat untuk memberitahu cara yang lebih baik:

“Pandai Fatimah tolong Ummi. Sayang ambil mangkuk ini. Masukkan semua telur dalam mangkuk dan bawakan kepada Ummi”

Contoh ayat untuk alihkan perhatian mereka kepada aktiviti yang lain:

“Uzair, mari turun ke bawah, nak. Ummi masak something special untuk Uzair. Marilah ke dapur sama-sama dengan Ummi”

“Aiman, mari masuk dalam. Tak best lah main kat luar sekarang. Panas kan? Nanti petang ni bila dah sejuk sikit, Ummi bawa Aiman pergi taman permainan. Nak tak?”

Sejuk hati bila anak-anak mendengar kata-kata yang baik dan berhikmah daripada ibubapanya. Mereka bukan tidak mahu mendengar kata, tetapi, adakalanya cara kita menegur tidak sesuai dengan tahap psikologi mereka.

Mari kita istighfar kepada Allah seandainya kesilapan kata-kata kita telah membentuk kejahatan dalam diri anak-anak-anak. Mohon doa daripada Allah, agar menjadikan kita ibubapa yang soleh dan solehah.

Ibubapa yang soleh akan melahirkan anak-anak yang soleh.

InsyaAllah!

sumber:AnakkuSoleh.com

DERITA PALESTIN

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta

Siapakah kita berbanding mereka?

Teringat akan kata2 Sultan Abdul Hamid 2(sultan terakhir empayar uthmaniyah) apabila baginda ditawarkan wang oleh pemodal yahudi bagi mendapatkan tanah di Palestin. Baginda berkata
''Palestin bukanlah milikku dan bangsa Arab,Akan tetapi Palestin adalah milik umat islam, Aku tidak akan menyerahkan walau seinci pun tanahnya kepadamu, Setelah para syuhada menyuburkan darah mereka disitu,Simpan sahajalah wang kamu,Akan tetapi jika kamu masih berminat mendapatkanya maka cincang lumatlah tubuhku ini sebelum kamu boleh memilikinya.'"

peranan kite?
1)boikot produk dan barangan yahudi
2) berdoalah kerana doa adalah senjata utama umat islam. الدعاء صلاح المؤمن

SALAM MUJAHADAH

perkongsian utk saudara saudari seakidahku...
mengimbau kembali sejarah baitul maqdis...

621 M-Rentetan sejarah bermula dgn Peristiwa isra' mi'raj dimana Baginda Rasulullah diisra' dr masjidil haram ke masjidil aqsa di baitul maqdis..Peristiwa penting ni beri isyarat kpd BagindaSAW utk buka Palestin..

630 M- rasulullah hantar 3000 tentera Islam menentang kuasa rom(150000 tentera) yg menjajah Palestin & berlaku Perang Mu'tah.

631 M- Rasulullah SAW mengetuai 30 000 tentera Islam ke arah Palestin di Tabuk bg menentang kuasa besar Eropah(Rom)

632 M- Rasulullah menyiapkan tentera Islam di bwh pimpinan Usamah bin Zaid bg menentang Rom di Ubna berdekatan dgn Mu'tah di Palestin ttp Bagina SAW wafat. Khalifah Abu Bakar meneruskan penghantaran tentera Usamah pd zaman pemerintahannya.


636 M- Pembukaan Palestin di mana Islam mengalahkan Rom dan menghalau Rom di zaman pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab. Perjanjian Umar mjamin keamanan penduduk Palestin dan x benarkan seorg pun Yahudi tinggal di sana

15 julai 1099 M- Preang Salib 1. baitul maqdis ditawan tentera Salib.. 1147 M- Prg Salib 2. 1171 M- Salahuddin Al Ayyubi mula memerintah menggantikan Asaluddin Syirkhuhi(mesir) 2/10/1187 M- Tentera Islam di bwh pimpinan Salahuddin Al Ayyubi berjaya membebaskan Baitul Maqdis stelah dijajah 88 thn oleh tentera salib(Islam menguasai) 1191, 1202, 1215, 1229,1239,1244,1248M:perang salib 3-9 respectively. 1517 M- Palestin di bwh kuasa Kerajaan Uthmaniyyah Kemudiannya..1916:perjanjian saxes-baco dan perjanjian Balfour...kerajaan Inggeris janji akan beri Palestin kpd Yahudi..(Palestin sudah mula cuba diintip2 utk dikuasai oleh Yahudi) Bear in mind..World war 1:1914-1918.. 1917 M- tentera British di bwh pimpinan Gen edmund Allenby tawan palestin stlh Kerajaan Utmaniyyah tewas dlm WW1. Penghijrahan Yahudi. 1924 M- Kerajaan Uthmaniyyah diguling oleh Mustafa Kamal Attaturk Skrg ni, Yahudi kuasai Palestin dan mereka berkuasa.. musuh islam menguasai tanah islam.. apakah peranan kite sbg umat islam?? sekadar menitiskan air mata..? tangisan sahaja tidak memadai.. sama2 kite berjuang(mungkin bukan di medan perang) tetapi bermujahadahlah dengan memboikot produk dan barang2 yahudi laknatullah... dan berdoalah.. doa adalah senjata utama kite.. "الدعاء صلاج المؤمن"... sama-samalah kite memperjuangkan deenul islam.. moga jihad kite yg secebis ini akan dinilai Allah..  Moga kite sentiasa diberi kekuatan utk kembali menegakkan kegemilangan Islam.. Ameen..

BERKAT MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.