..RAJA KITA..

KATA IMAM AL-GHAZALI :
"CARILAH HATIMU SEWAKTU MEMBACA AL-QURAN. JIKA KAU TIDAK TEMUI, CARILAH HATIMU KETIKA MENGERJAKAN SOLAT. JIKA KAU TIDAK TEMUI, CARILAH HATIMU KETIKA DUDUK TAFAKUR MENGINGATI MATI. JIKA KAU TIDAK TEMUI JUGA, BERDOALAH KEPADA ALLAH, PINTA HATI YANG BARU..."




ucapan bismillah ku ucapkan sebelum jari ini lebih jauh menjalankan tugasnya.. agar tinta yang bakal ditulis ini, memberi manfaat pada kita semua.. dan agar hati ini sentiasa berada di zon "ikhlas" ketika jari menjalankan mas'uliyyah.. kerana hati adalah raja setiap insan..
sabda Rasullullah s.a.w : “Di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik, maka baik pulalah semua perilakunya. Dan apabila ia buruk, maka buruk pulalah seluruh perilakunya. Dan ianya adalah Hati." Inilah yang ingin saya titipkan.. nampak mudah tetapi hakikatnya, itulah yang paling sukar untuk dijaga..
teringat kata-kata seorang da'ie.. " soal hati memang sering dipersoalkan dan di perkatakan bagi setiap individu dan ianya adalah satu topik yang tidak akan pernah selesai dibincangkan..dan renungkanlah, mengapa hadith yang pertama adalah tentang niat?" ya, cukup bermakna apa yang dikatakan.. ianya adalah satu maddah yang tidak mempunyai noktah penghujungnya..
kerana task si "HATI" adalah pada setiap hari, setiap masa, setiap detik, dan setiap saat..

Terkenang sirah kejayaan Rasulullah.. yang mana Rasulullah mengubah masyarakat jahiliah adalah kerana Baginda berjaya mengubah hati manusia. Inilah yang dikatakan oleh Prof. Dr Hamka :
"Nabi Muhammad berjaya melakukan satu revolusi jiwa yang hebat dalam sejarah manusia."
Ketika itu, umat arab jahilliah sedang berdepan dengan masalah politik, sosial, ekonomi(perzinaan, rasuah, perbalahan,etc.)

Baginda yang bijaksana tidak mengubat "penyakit-penyakit" itu pada akibatnya, tetapi pada puncanya. Baginda yakin kegawatan yang bersifat lahiriah itu adalah hasil "sakitnya" hati.
Tiga belas tahun Rasulullah menangani persoalan hati manusia dengan wahyu-wahyu di peringkat Makkah. Cukup tabah Rasul ulul azmi ini.. Ayat-ayat Al-Quran peringkat itu pendek-pendek dan kebanyakannya sarat dengan persoalan iman. Ayat-ayat itu menerangkan keesaan, keagungan, kebesaran, dan keindahan Allah, dan gambaran keadaan dan balasan nikmat di syurga dan seksa di neraka.

Janganlah kita sia-siakan pengorbanan yang telah Rasulullah lakukan untuk umatnya, kita..

Soal hati bukan hanya penting di peringkat awal perubahan, tetapi ia perlu terus dijaga sepanjang usaha kita dalam proses menjadi insan yang soleh/ah. "Natijah atau kesan sesuatu amalan sering bergantung pada mukadimahnya". Jika mukaddimah amalan itu ialah niat yang baik, maka baiklah natijahnya..

Berhati-hatilah menjaga hati kerana amalan sebesar gunung sekalipun tidak akan bernilai walau sedebu, sekiranya diamalkan tanpa ikhlas.

wallahu a'lam..
sumber inspirasi : majalah solusi